Thursday, 18 June 2020

NG JIE SHENG(KIG180511)

Refleksi (KIG180511) 17176823


                    Saya Ng Jie Sheng,No. Matriks KIG180511 adalah salah satu member bagi kumpulan stem ke-5. Saya juga mewakili kumpulan saya sebagai ketua atau leader bagi memberjayakan event stem ini. Kita berkerjasama dengan kumpulan Stem ke-4 bagi tajuk REKA CIPTA DAN INOVASI TEKNOLOGI HIJAU (BAHAN KITAR SEMULA). Terdapat tiga fasa untuk berjayakan projek ini, iaitu fasa perancangan, fasa semasa dan fasa selepas.

Fasa Perancangan

                    Pada fasa perancangan, kita telah diberikan 6 topic untuk dipilih bagi setiap kumpulan. Pada permulaan, aktiviti ini sepatutnya dibuat di sekolah SMK Puchong Utama. Malangnya, Covid-19 melanda di negara Malaysia, fasa Perintah berkurung telah diumumkan di seluruh negara menyebabkan perancangan kita perlu dibuat semula. Dari 6 topic kita menjadikan kepada 3 topic kerana terdapat beberap topic tidak dapat dilaksanakan atas dasar tidak boleh berkumpul. Saya sebagai ketua kumpulan berkerjasama dengan ketua kumpulan yang lain untuk megasingkan kerja dan topic supaya adil dan saksama. 

                    Perubahan drastic ini menyebabkan ramai ahli kumpulan kurang faham apa yang telah berlaku. Oleh itu, saya perlu message dan call setiap ahli untuk memberi penjelasan dan memberi maklumat yang tepat kepada mereka tentang perubahan ini. Ini kerana, ketua-ketua ditugaskan untuk berhubung dengan Encik Nor Hafizan dan membuat meeting untuk merancang apakah rancangan kita setersnya. Daripada event fizikal kami terpaksa berubah kepada event atas talian oleh disebabkan penyakit coranavirus, ini hasil perbincangan kita dengan ketua-ketua kumpulan lain dengan Encik Nor Hafizan.
                   
                    Tambahan lagi, setiap kumpulan akan bekerjasama dengan satu kumpulan bagi satu topic, menjadikan 1 topic akan mempunyai 2 kumpulan menjalankannya. Bagi kumpulan saya, saya ditugaskan untuk menjayakan tajuk Reka Cipta dan Inovasi Teknologi Hijau. Saya telah asingkan tugas kepada ahli saya, setiap tugas memainkan peranan mereka masing-masing. Sebagai contoh, saya telah asing kan tugas kepada 9 categori iaitu kerja buat google form, poster, buat video untuk online class, mencari juri, edit video participants, buat hadiah dan sijil, sediakan syarat-syarat pertandingan, kriteria pertandingan dan akhir sekali orang untuk dihubungi participants. Saya berasa gembira kerana ahli kumpulan saya sangat berkerjasama dan sentiasa pro aktif dalam bertanya jika mereka tidak faham tugas-tugas mereka. 

Fasa Semasa

                    Selepas itu, kita masuk kepada fasa semasa dimana kita dapat beberapa masalah apabila jumlah perserta tidak mencukupi. Menyebabkan kita terpaksa memanjangkan waktu pendaftaran dan membuka kepada sekolah-sekolah lain. Sekolah-sekolah yang terlibat kemudian adalah Sekolah berasrama Penuh, MRSM dan lain-lain berjumlah 15 sekolah telah terlibat dengan project STEM UM. Peserta-peserta yang kemudian menyertai pertandingan kita adalah lebih kurang 100 orang. Pada mula apabila saya mendapat berita bahawa peserta tidak mencukupi pada fasa pertama pendaftaran, saya amat risau dan stress kerana tidak dapat mengikut jadual yang telah kita tetapkan. Tetapi masalah dapat diselesaikan dengan perbincangan dan kerjasama dengan kumpulan lain.

                     Pertandingan kita diteruskan dengan pembelajaran ThinkerCAD oleh Alvin salah satu ahli saya yang saya telah tugaskan untuk mengajar. Saya sangat berpuas hati dan bangga atas kerja dan cara dia mengajar, sangat interaktif dan menarik. Bukan itu sahaja, dia dapat menarik pelajar dengan memberi mereka hadiah tealive. Perkara ini saya dapat lihat bahawa ahli saya memberi komitmen sepenuhnya untuk menjayakan project STEM ini. Saya amat terharu dan memberi semangat kepada saya untuk lebih berusaha untuk menjayakan projek ini.

                        Sampai di pengakhiran fasa semasa, seramai 8 peserta yang berjaya menghantar video dan idea mereka kepada kami melalui google drive yang telah disediakan. Tetapi terdapat satu peserta yang menarik diri untuk keluar dari pertandingan atas sebab-sebab tertentu. Saya berasa sedih dan rugi kerana adik tersebut melepaskan peluang emas ini, tetapi kami tidak boleh memaksa walaupun saya telah pujuk dia beberapa kali. Peserta tetap nak menarik diri. 

                Hari majlis penutupan, saya berasa majlis tersebut amat lancar dan terbaik sekali. Terutamanya, majlis ini merupakan majlis pertama kita buat secara online, seramai 80 lebih penonton yang menyertai majlis tersebut. Tetapi bukan segala perkara dapat dijalankan secara lancar. Contohnya, apabila video presentasi pemenang, video tiada suara. Saya berasa malu kerana tidak buat testing bersama ahli yang bertugas sebelum hari terjadi. Ini merupakan satu pengajaran kepada kita semua tetapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan memberi penonton link kepada video tersebut. Supaya mereka dapat tayangankan video tersebut pada masa sendiri.

Fasa Selepas

                         Pada fasa selepas, kita menyediakan borang untuk peserta menilai projek STEM dan apa yang boleh diperbaki. Semua jawapan yang kita dapat sangat bagus dan membina, saya rasa semua ahli kumpulan buat yang terbaik dan rasa lega apabila selesai. Saya juga merasa lega apabila selesai kerana banyak masa telah terkorban bagi menjayakan projek ini. Tapi, saya dapat belajar banyak perkara seperti berkerjasama dalam kumpulan, menjadi seorang ketua, dan komunikasi dengan ahli kumpulan saya dengan cekap.


                        Kesimpulannya, projek ini banyak memberi manfaat dan pembelajaran kepada saya. Ada masa yang manis dan ada masa yang pahit apabila menjalankan aktiviti projek STEM ini. Terutamanya, menjadi ketua perlu banyak bersabar dan sentiasa ingat tugas-tugas yang ahli telah buat atau belum selesai. Melalui aktiviti ini, saya dapat menarik sedikit minat saya bahawa jika terdapat peluang untuk menyertai program atau projek aktiviti kemasyarakatan pada masa hadapan, saya akan menyertainya lagi jika ada masa kekosongan.    

No comments:

Post a Comment